Sunday, January 25, 2009

Sooo sweet!

2 comments
Baru-baru ini aku pulang ke kampung. Sepupu aku kahwin. Masa kecik-kecik dahulu, kami selalu gaduh. Walaupun dia lelaki, tetapi aku selalu kalah :P Tidak sangka kau sudah kahwin. Pandai kau pilih isteri....

Ramai orang kata muka isteri kau macam muka aku. Entah apa-apa entah! Aku tidak tahu sama ada itu suatu kutukan ataupun pujian. Apa yang aku dapat rasakan, muka isteri kau memang ada iras muka aku.

Hahaha! Padan muka kau! Selalu kutuk aku. Muka fesyen ini jugalah yang kau dapat buat bini..... uhhhhhhhhhhh.... rupa-rupanya muka macam aku ini masih ada market lagi ek. :P

.

Friday, January 23, 2009

Masuk friendster

4 comments
Oh, semalam aku buka akaun friendster. Sudah lama tak buka akaun friendster, Banyak berubah. Paling ketara, ia sudah berbahasa Melayu. Tidak kisahlah....

Cuma aku terkejut, dapat banyak email friendster. Rata-ratanya lelaki muda yang mahu berkenalan dengan aku. Budak kecik tingkatan 3 pun ada hati dengan aku. Uhhh!

.