Saturday, July 4, 2009

CINTA SAYA DALAM BAHAYA

6 comments
Sudah lama tidak update blog sendiri. Aku akui, aku update blog apabila aku tiada tempat lain nak luah gelodak emosi. Aku sedang berpacaran sepanjang ini. Walaupun sekejap, tetapi kenangannya sangat manis.

Lagi 15 hari sahaja hubungan kami sebagai pasangan kekasih. Selepas itu, dia akan pergi ke tempat lain, jauh dari sini. Berat hati aku ditinggalkan oleh jejaka yang sudah mencuri hati aku.

Hubungan kami sangat baik, cuma keadaan yang tidak mengizinkan. Sangat sedih... akan aku jadikan sisa 15 hari ini sebagai kenangan yang terindah antara kami berdua.