Saturday, July 19, 2008

Aku ke Bangkok

0 comments
Aku akan ke Bangkok malam ini atas urusan kerja.

Bersama rombongan ini, hanya aku, Encik Ramlee dan Faizal. Aku seorang sahaja perempuan. Encik Ramlee itu bos aku, dia baik dan nice. Cuma aku tak selesa dengan Faizal. Dialah suami orang berusia 32 tahun yang mahu mengorat aku dulu. Bila kenangkan mata dan sengih busuknya. Rasa nak muntah!

Minta-minta dia tak buat apa-apa tak elok pada aku.

.

Wednesday, July 16, 2008

Dapat coklat misteri

1 comments
Pagi tadi aku dapat sekotak coklat Van Hauten. Suami orang itu yang bagi. Dia senyum-senyum setiap kali lalu di hadapan bilik pejabat aku. Dasar lelaki gatal! Kalau ya pun nak curang dengan isteri, buat apa pilih aku? Aku masih muda. Tak terfikirkan perempuan muda macam aku ini langsung tidak bernafsu dengan suami orang yang berusia 32 tahun?

Cuba pada orang lain ya.

Tuesday, July 15, 2008

Kebanyakan perempuan cantik kahwin lambat ataupun andartu. Itu bukan mitos!

3 comments
Aku seorang wanita metropolitan berumur 24 tahun. Memandangkan kau semua tak kenal aku, dengan tak tahu malunya, aku beritahu, aku boleh dikategorikan perempuan cantik ( Yeah, angkat bakul sendiri ). Daripada mana aku membuat ukuran semua itu, semuanya berdasarkan reaksi lelaki-lelaki yang bertembung dengan aku. Kalau asalnya rancak berbual bersama rakan-rakan lelaki, meraka berubah kepada senyap dan mata pun tertumpu pada aku. Maka terdengarlah kata-kata berbau seksual daripada mereka. Malu mahu nyatakan apakah dialog itu, tetapi aku yakin, ramai boleh meneka apakah ayat tamplate dari lelaki-lelaki yang tengok perempuan cantik.

Yeah... aku berkerja dan jawatan aku membolehkan aku beli kereta Proton Persona. Pointnya di sini, walaupun aku cantik, punya kerja bagus dan ada kereta sendiri... tetapi seumur hidup aku, tidak pernah bercinta dengan lelaki. Bukan jual mahal, tetapi aku tidak selesa dengan lelaki. Bohonglah kalau aku tak pernah dapat sms 'mengayat' daripada beberapa seseuatu lelaki. Tetapi aku malas dengan hubungan. Komitmen dan kepura-puraan. Rimas!

Kebanyakan perempuan cantik kahwin lambat ataupun andartu. Itu bukan mitos!

.

Saturday, July 12, 2008

Aku blog kerana aku sukakan dia

0 comments
Apa khabar awak semua?

Pada mulanya aku bencikan blog. Pada aku, bloggers adalah tempat orang gila glamer! Namun, selepas membaca satu sesuatu blog (Ya... aku malu mahu nyatakan blog itu di sini, ejeklah aku). Okey, blog yang sesuatu itu buat aku mengubah persepsi aku terhadap bloggers. Sebenarnya blog ini sesuatu yang cool!

Seseorang itu boleh nampak cool dengan hanya melalui blog. That's nice or hipokrit? Uh... i dont care

.