Tuesday, July 15, 2008

Kebanyakan perempuan cantik kahwin lambat ataupun andartu. Itu bukan mitos!

Aku seorang wanita metropolitan berumur 24 tahun. Memandangkan kau semua tak kenal aku, dengan tak tahu malunya, aku beritahu, aku boleh dikategorikan perempuan cantik ( Yeah, angkat bakul sendiri ). Daripada mana aku membuat ukuran semua itu, semuanya berdasarkan reaksi lelaki-lelaki yang bertembung dengan aku. Kalau asalnya rancak berbual bersama rakan-rakan lelaki, meraka berubah kepada senyap dan mata pun tertumpu pada aku. Maka terdengarlah kata-kata berbau seksual daripada mereka. Malu mahu nyatakan apakah dialog itu, tetapi aku yakin, ramai boleh meneka apakah ayat tamplate dari lelaki-lelaki yang tengok perempuan cantik.

Yeah... aku berkerja dan jawatan aku membolehkan aku beli kereta Proton Persona. Pointnya di sini, walaupun aku cantik, punya kerja bagus dan ada kereta sendiri... tetapi seumur hidup aku, tidak pernah bercinta dengan lelaki. Bukan jual mahal, tetapi aku tidak selesa dengan lelaki. Bohonglah kalau aku tak pernah dapat sms 'mengayat' daripada beberapa seseuatu lelaki. Tetapi aku malas dengan hubungan. Komitmen dan kepura-puraan. Rimas!

Kebanyakan perempuan cantik kahwin lambat ataupun andartu. Itu bukan mitos!

.

3 comments:

-Lai Chi Kang 1 - said...

tahniah utk semua kejayaan yg dikecapi..apa yang pasti akan datangnya satu hari nanti,,hari yang kau tunggu-tgukan..

sandra said...

uik xpernah cinta dengan mana2 laki? oh bgs la, cinta lps kawen lagi bgs. klu ade jodoh xkemana kan.. :)

mangkuk statik said...

pergh ...memang kau cun.
Biaselah tuh, org cun mesti org bajet kau dah berpunya. Tapi ingat cik adik oi..Kecantikkan tak selama-lamanya beb. One day, you will be staring at a face yg org muda2 tak selera nak ngorat.
Cepat2 lah open table sebelum terlewat