Saturday, July 4, 2009

CINTA SAYA DALAM BAHAYA

6 comments
Sudah lama tidak update blog sendiri. Aku akui, aku update blog apabila aku tiada tempat lain nak luah gelodak emosi. Aku sedang berpacaran sepanjang ini. Walaupun sekejap, tetapi kenangannya sangat manis.

Lagi 15 hari sahaja hubungan kami sebagai pasangan kekasih. Selepas itu, dia akan pergi ke tempat lain, jauh dari sini. Berat hati aku ditinggalkan oleh jejaka yang sudah mencuri hati aku.

Hubungan kami sangat baik, cuma keadaan yang tidak mengizinkan. Sangat sedih... akan aku jadikan sisa 15 hari ini sebagai kenangan yang terindah antara kami berdua.


Monday, February 16, 2009

Aku pecah rekod

5 comments
Aku tidak pernah tengok wayang bersama lelaki. Tetapi filem Upin Ipin ini sudah merubah segalanya. Filem ini membuatkan rekod aku itu pecah! Aku terpaksa membawa 2 lelaki bersama aku. Ya... mereka adalah anak buah aku yang sangat gilakan Upin Ipin. :P


Sunday, January 25, 2009

Sooo sweet!

2 comments
Baru-baru ini aku pulang ke kampung. Sepupu aku kahwin. Masa kecik-kecik dahulu, kami selalu gaduh. Walaupun dia lelaki, tetapi aku selalu kalah :P Tidak sangka kau sudah kahwin. Pandai kau pilih isteri....

Ramai orang kata muka isteri kau macam muka aku. Entah apa-apa entah! Aku tidak tahu sama ada itu suatu kutukan ataupun pujian. Apa yang aku dapat rasakan, muka isteri kau memang ada iras muka aku.

Hahaha! Padan muka kau! Selalu kutuk aku. Muka fesyen ini jugalah yang kau dapat buat bini..... uhhhhhhhhhhh.... rupa-rupanya muka macam aku ini masih ada market lagi ek. :P

.

Friday, January 23, 2009

Masuk friendster

4 comments
Oh, semalam aku buka akaun friendster. Sudah lama tak buka akaun friendster, Banyak berubah. Paling ketara, ia sudah berbahasa Melayu. Tidak kisahlah....

Cuma aku terkejut, dapat banyak email friendster. Rata-ratanya lelaki muda yang mahu berkenalan dengan aku. Budak kecik tingkatan 3 pun ada hati dengan aku. Uhhh!

.